Wednesday 1 July 2015

Makalah : I'tiqad 50

BAB 1

PENDAHULUAN

A.Latar Belakang

Dalam sejarah Islam telah tercatat adanya firqah-firqah (faham/golongan) dalamlingkungan umat, dimana satu dengan lainnya bertentangan faham secara tajam dansulit untuk didamaikan, apalagi disatukan.Hal ini telah menjadi fakta sejarah yang tidak dapat dirubah lagi dan sudah menjadi pengetahuan yang terdapat dalam buku-buku agama terutama buku-buku Ushuluddin.Dalam buku-buku Ushuluddin itu terdapat beberapa nama firqah, antara lain; Syi’ah,Khawarij, Mu’tazilah, Qadariyah, Jabariyah, Ahlussunnah wal Jama’ah (Sunni),Mujassimah, Bahaiyah, Ahmadiyah, Wahabiyah, Ibnu Taimiyah dan lain-lain.Hal ini tidak terlalu mengherankan karena Nabi Muhammad SAW semasa hidup telahmengabarkan hal ini. Ahlussunnah berarti penganut sunnah Nabi Muhammad SAW, “wal Jama’ah” berarti penganut i’tiqad jama’ah sahabat Nabi. Kaum Ahlussunnah wal Jama’ah ialah kaum yang menganut i’tiqad yang dianut Nabi Muhammad SAW, dan para sahabat beliau.
I’tiqad nabi dan para sahabat itu sudah termaktub dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasul secara terpencar, belum tersusun secara rapi dan teratur. I’tiqad itu kemudian dihimpun dan dirumuskan dengan rapi oleh seorang ulama’ besar di bidang Ushuluddin, yaitu Imam Abul Hasan Al-Asy’ari. Ulama’ besar ini dilahirkan di kota Bashrah, Iraq pada tahun 260 H/873 M, dan meninggal dunia di kota itu juga pada tahun 324 /935 M, dalam usia 64 tahun.
Karena i’tiqad Ahlussunnah wal Jama’ah dihimpun dan dirumuskan oleh Imam Abul Hasan Al-Asy’ari maka ada yang menyebut kamu Ahlussunnah wal Jama’ah dengan “Al-Asy’ariyah” jamak dari Asy’ari, yaitu pengikut-pengikut Imam Abul Hasan Al-Asy’ari.
Ada juga dijumpai perkataan “Sunni” kependekan Ahlussunnah wal Jama’ah, orang-orangnya disebut “Sunniyyun”.
Adapun tokoh kedua i’tiqad Ahlussunnah wal Jama’ah ialah Abu Manshur Al-Maturidi. Faham dan i’tiqad sama atau hampir sama dengan faham i’tiqad Imam Abul Hasan Al-Asy’ari. Beliau lahir di kota Maturidi, Samarqand (termasuk wilayah Uzbekistan Soviet sekarang) kira-kira pada pertengahan abad ke -3H dan meninggal di Samarqand pada tahun 332 H/944 M, 9 tahun setelah wafatnya Imam Abul Hasan Al-Asy’ari.
Kedua tokoh tersebut di atas adalah sebagai penggali, perumus, penyiar sekaligus mempertahankan apa yang sudah termaktub dalam Al-Qur’an dan Hadits, dan sudah di i’tiqad oleh Nabi Muhammad SAW, serta sahabat-sahabat beliau.
Dalam kitab “Ithafu Sadatil Muttaqin” yang dikarang oleh Imam Muhammad Al-Husni Az-Zabidi, yaitu syarah kitab “Ihya’ Ulumuddin” karangan Imam Al-Ghazali, ditegaskan sebagai berikut :
Yang Artinya :
Apabila disebut Ahlussunnah wal Jama’ah, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikuti rumusan (faham) Imam Abul Hasan Al-Asy’ari dan faham Abu Manshur Al-Mathuridi.

B.Rumusan Masalah

1.      Apa pengertian dari I’tiqad 50 ?
2.      Berapakah pembagian dari Itiqad 50 ?
3.      Apa hikamah buat kita setelah mempelajari I’tiqad 50 ?


BAB 2

PEMBAHASAN


A.Pengertian I’tiqad 50

Bila yang dimaksud i'tiqad 50 bagi orang muslim adalah sebagai berikut.: 
·         Percaya dan meyakini bahwa : Sifat wajib Allah yang harus diketahui ada 20. 
·         Sifat mustahil Allah ada 20. 
·         Sifat jaiz / boleh bagi Allah ada 1 
Sifat wajib Rasul yang harus diketahui ada 4. 
·         Sifat mustahil bagi Rasul ada 4 
·         Sifat jaiz / boleh bagi Rasul ada 1 
·         Total ada 50 i'tikat.

B.Pembagian I’tiqad 50


1.Pengertian sifat Nafsiah:
            Sifat Nafsiah iaitu zat dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu, sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut jumhur ulama sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zatnya.

            Sifat wujud dikatakan sifat nafsiah eretinya, wujud itu bukannya merupakan sifat yang menumpoang atau menempelpada zat Allah SWT, akan tetapi Zat Allah SWT itu dengan Wujud sendirinya kewujudan Allah. Ataupun zat Allah dengan wujud Allah tidak dapat dipisahkan. Berbeza dengan sifat ma'ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat bukan dengan zat-Nya. Hanya sifat 'wujud' sahaja yang termasuk dalam sifat Nafsiah.

2. Pengertian sifat Salbiah :
Salbiah maksudnya, menanggalkan, menolak ataupun menafikan. Maksud sifat Salbiah dalam hal ini iaitu menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah SWT. Umpamanya menolak sifat yang tidak layak bagi Allah seperti Baqa' ertinya kekal sifat ini menafikan sifat Fana' ataupunbinasa bagi Allah SWT. 
3. Pengertian sifat Ma'ani:
Sifat Ma'ani ini ialah sifat yang maujud atau ada yang berdiri pada zat  Allah SWT yang menyebabkan Zat itu bersifat dengan suatu hukum sifat ma'nawiyah. Umpamanya sifat Ma'ani seperti Ilmu, sifat ini ialah sifat yang berdiri pada zat Allah. 
Ertinya Ilmu itu sifat Allah bukan zat Allah. Allah SWT dapat mengetahui sesuatu dengan ilmuNya bukan dengan zatNya . Yang menyebabkan zat itu bersifat dengan sifat suatu hukum sifat Ma'nawiyah maksudnya kerana Allah SWT mempunyai sifat Ilmu, maka Allah katakan Kaunuhu 'Aliman (keadaanNya berilmu) kerana Allah mempunyai sifat sama' maka Allah dikatakan kaunuhu sami'an atau keadaanNya Mendengar.
5. Pengertian Sifat Ma'nawiyah:
Sifat Sifat Ma'nawiyah ialah suatu perkara yang sabit atau yang tetap bagi zat Allah SWT bersifat dengan sifat Ma'ani. Diantara sifat Ma'ani dengan sifat Ma'nawiyah tidak terpisahkan,. Misalnya Keadaan Allah berilmu ((Ma'ani) Ataupun Allah SWT dikatakan Kadirun (KeadaaNya berkuasa) kerana mempunyai sifat Qudrat (kuasa) dan begitulah seterusnya. Ada beberapa sebab sifat-sifat ini dinamakan ma'nawiyah iaitu 
Sifat Ma'nawiyah merupakan cabang dari sifat Ma'ani. Sesuatu yang bersifat dengan 'Alim danQadr umpamanya tidak boleh bersifat dengan sifat-sifat itu melainkan setelah adanya Ilmu dan qudrat baginya. Sifat Ma'ani adalah sebagai ilat atau sebagai malzum kepada sifat Ma'nawiyah sejak Azali lagi, perhubungan antara keadaannya adalah sebagai hubungan antara ilat denganma'lulnya.


 

C.Pembahasan I’tiqad 50

1.Dan yang wajib bagi Allah SWT

Sifat yang wajib diketahui oleh sekalian mukmin yang baligh berakal adalah 20 sifat; 20 sifat yang wajib dan mustahil (tidak mungkin) ada bagi-Nya. Dan satu lagi sifat yang harus ada bagi-Nya, yaitu :

a.       Wujud artinya ada, mustahil Ia tidak ada.
Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud , maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada)
.
Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud , kerana wujud itu zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawa wujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya berkata mereka itu Allah yang menjadikan……………"( Surah Luqman : Ayat 25 ) 
b.      Qidam artinya tidak permulaan ada-Nya, mustahil ada-Nya permulaan.
Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. 
Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil. 
Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. 
Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian :
1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala )
2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala )
3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada anak)
4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun )
Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada Allah Ta'ala





c.       Baqa’ artinya tidak berkesudahan ada-Nya, mustahil ada-Nya berkesudahan.
Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).
Perkara –perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat dan Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada mengekalkannya. 
Segala jisim semuanya binasa melainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di tungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah perkara yang diiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian :
1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.
2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan lain-lain lagi.
3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara yang diatas tadi ( Kedua ).
d. Mukhalafatuhu ta’ala lilhawaditsi artinya Ia berlainan dengan segala makhluk, mustahil Ia serupa  dengan makhluk-Nya.
Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah ada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupai dengan yang baharu pada zatnya , sifatnya atau perbuatannya.
Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali zatnya berdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan , tiada berpihak ,tiada ber-tempat dan tiada dalam masa. 
Dan sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi ta'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia pada segala maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. 
Sesungguhnya di dalam Al-Quraan dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , maka perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'ala Yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat dengan segala sifat yang baharu. 



e. Qiyamuhu binafsihi artinya Ia berdiri sendiri, bukan berdiri di atas zat lain, mustahil Ia berdiri di atas zat lain.
            Tidak berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak berkehendak kepada yang menjadikannya Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya.Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu sama ada pada perbuatannya atau hukumannya.Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan undang-undang semuanya untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada sekalian makhluk .Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah kerana kelebihan dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah.Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manafaat di atas kataatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi mudharat kepada Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan kemung-karan hamba-hambanya.Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya adalah perkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-hamba-nya jua.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka pahalanya itu pada dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka bala-sannya ( seksaannya)itu tertanggung ke atas dirinya jua ".( Surah Fussilat : Ayat 46 )
Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya, terbahagi kepada empat bahagian :
1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi-kannya iaitu zat Allah s.w.t. 
2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang men-jadikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu ).
3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak kepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) .
4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat iaitu sifat Allah Ta'ala
f. Wahdaniyah  artinya Ia esa, mustahil Ia banyak.
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil ( yang ber-hubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang bercerai ). Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil pada Zat ( menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zat Allah Ta'ala tersusun daripada darah, daging, tulang,urat dan lain-lain. Dan menafikan Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan yang ber-cerai pada zat Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain menyamai zat Allah Ta'ala.
Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil pada Sifat ( menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidak sekali-kali bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya dua qudrat dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan –bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat yang lain menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna.Makna Esa Allah s.w.t.
pada perbuatan yaitu menafikan Kam Muttasil pada perbuatan ( menafikan bilangan yang bercerai –cerai pada perbuatan ) iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai seperti perbuatan Allah bahkan segala apa yang berlaku di dalam alam semua-nya perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya dan hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada pada hakikat-nya seperti kufur dan maksiat sama ada perbuatan dirinya atau perbuatan yang lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya pada usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas.

Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagi Kam yang limaitu iaitu :
1) Kam Muttasil pada zat.
2) Kam Munfasil pada zat.
3) Kam Muttasil pada sifat.
4) Kam Munfasil pada sifat.
5) Kam Munfasil pada perbuatan.
Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lain menyamai dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .Dan tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepada
menyengutukan Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menjejaskan serta merosakkan iman.
g. Qudrat artinya kuasa, mustahil Ia tidak kuasa
      Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit( tetap ) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah.
      Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada mengadakan atau meniadakan , hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagaiFikiran dan fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad.
      1) Iktiqad Qadariah :Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang beriktiqad akan segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit atau berpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dan sedikitpun tiada bersangkut-paut dengan kuasa Allah s.w.t.
      2) Iktiqad Jabariah :Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya orang yang beriktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak dan qadar Allah semata-mata ( tiada usaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ).
      3) Iktiqad Ahli Sunnah Wal – Jamaah :Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahi alah orang yang mengikut perjalanan Nabi dan perjalanan orang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata dan tidak memberi bekas segala perbuatan yang disengajanya,
      tetapi ada perbuatan yang di sengaja pada zahir itu yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas sebenarnya sengaja hamba itu daripada Allah Ta;ala jua.
      Maka pada segala makhluk ada usaha dan ikhtiar pada zahir dan tergagah pada batin dan ikhtiar serta usaha hamba adalah tempat pergantungan taklif ( hukum ) ke atasnya dengan suruhan dan tegahan ( ada pahala dan dosa )
h. Iradat artinya menentukan sendiri dengan kehendak-Nya, mustahil Ia dipaksa.
Maksudnya menentukan segala mungkin tentang adanya atau tiadanya. Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri pada Zat Allah Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus atas mungkin . Maka Allah Ta'ala yang selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu apa yang diperbuatnya.Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah dengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala tentang rezeki, umur, baik, jahat, kaya, miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib ( bahagian ) di dalam dunia ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Janganlah kamu lupakan nasib ( bahagian ) kamu di dalam dunia " .( Surah Al – Qasash : Ayat77)
Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh untuk kemajuan di dunia dan akhirat di mana menjunjung titah perintah Allah Ta'aladan menjauhi akan segala larangan dan tegahannya dan bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t
j. Ilmu artinya Ia tahu, mustahil Ia tidak tahu (bodoh).
Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang Maujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ). Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkara Itu tersembunyi atau rahsia dan juga yang terang dan nyata.Maka Ilmu Allah Ta'ala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu diAlam yang fana' ini
k. Hayat artinya hidup, mustahil Ia mati.
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta’ala .
Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak ( pendapat ) Iaitu : sifat qudrat, iradat, Ilmu, Sama’ Bashar dan Kalam
l. Sama’ artinya mendengar, mustahil ia tidak mendengar.
Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada Zat Allah Ta’ala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap yang maujud sama ada yang maujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya atau yang ada itu harus sama ada atau telah ada atau yang akan diadakan. Tiada terhijab ( terdinding ) seperti dengan sebab jauh, bising, bersuara, tidak bersuara dan sebagainya. Allah Ta'ala Maha Mendengar akan segala yang terang dan yang tersembunyi.
Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :" Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ".( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 )
m. Bashar artinya melihat, mustahil Ia buta.
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat sama ada yang dapat dilihat oleh manusia atau tidak, jauh atau dekat, terang atau gelap, zahir atau tersembunyi dan sebagainya. 
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan ".( Surah Ali Imran - Ayat 163 )
n. Kalam artinya berkata, mustahil Ia bisu.
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali, berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang wajib, maka ia menunjukkan atas yang wajib sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".( Surah Taha - Ayat 14 )
Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" ........( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Ta'ala yang ketiga daripada tiga..........".( Surah Al-Mai'dah - Ayat 73 ) 
Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud : 
" Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu".( Surah Ash. Shaffaat – Ayat 96 )
Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang.Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakan iaitu :
1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendiri-solat dan lain-lain kefardhuan.
2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain larangan.
3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun dan lain-lain.
4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taat dan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain.
5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orang yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azabseksa yang amat berat


o. Kaunuhu Qadiran artinya Ia dalam keadaan berkuasa mustahil Ia dalam keadaan tidak berkuasa.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , yaitu lain daripada sifat Qudrat
p. Kaunuhu muridan artinya Ia dalam keadaan mempunyai iradat, mustahil Ia dalam keadaan yang tidak mempunyai iradat.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum yaitu lain daripada sifat Iradat
q. Kaunuhu ‘Aliman artinya Ia dalam keadaan tahu, mustahil Ia dalam keadaan tidak tahu.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , yaitu lain daripada sifat Al-Ilmu
r. Kaunuhu Hayyan artinya Ia dalam keadaan hidup mustahil Ia dalam keadaan mati.
      Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum yiaitu lain daripada sifat Hayat.
s. Kaunuhu Sami’an artinya Ia dalam keadaan mendengar, mustahil Ia dalam keadaan tidak mendengar.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum,yaitu lain daripada sifat Sama'.
t. Kaunuhu Bashiran artinya Ia dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan tidak melihat.
      Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum yaitu lain daripada sifat Bashar
u. Kaunuhu Mutakalliman artinya Ia dalam keadaan berkata, mustahil Ia dalam keadaan tidak berkata.
      Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum yaitu lain daripada sifat Qudra
Demikian 20 sifat yang wajib (mesti ada) bagi Allah SWT dan 20 sifat yang mustahil (tidak mungkin ada bagi Allah SWT).

2.Dan wajib bagi rasul.

Yang wajibnya para rosul itu 4:

a.       Artinya Sidiq itu benar perkataannya rosul

b.      Artinya Amanah itu dipercaya oleh Allah

c.       Artinya Tabligh itu menyampaikan perintah Allah. Perintah yang wajib, sunnah, boleh, yang hak dan bathil, yang halal, haram kepada yang sebenar2nya semua itu.

d.      Artinya Fathonah itu cerdas rosul

Dan mustahil bagi rasul. Yang mustahil bagi rosul itu 4.

a.       Artinya Kidzib yaitu mustahil bohongnya rosul. 

b.      Artinya Hiyanah yaitu mustahil cideranya rosul

c.       Arinya Kitman yaitu mustahil bersembunyinya rosul

d.      Aritnya Baladah yaitu mustahil bodohnya rosul

 

3.Sifat yang JAIZ bagi ALLAH dan RASUL :

1 sifat yang jaiz adalah memperbuat oleh Allah akan segala yang mumkin (baharu) atau meninggalkannya 
1 sifat yang harus (jaiz) pada segala rasul, yaitu berperangai tubuh manusia seumpama makan, minum dan tidur,  yang tiada mengurangi martabat rasul yang mulia, seperti sakit gila atau sakit besar.






Adapun 6 sifat yang ada ta’luknya, yaitu:

-          Qudrah, yakni memberi bekasan bagi segala yang mungkin (baharu), mungkin maujud, mungkin ma’dum, dan mungkin qabdhu (genggaman)
-          Iradah, yakni memberi bekasan bagi segala yang mungkin (baharu), mungkin maujud, mungkin ma’dum, dan mungkin qabdhu(genggaman)
-          Sama’, yakni ta’luk kenyataan pada segala yang maujud, baik maujud qadim, maupun maujud hadis.
-          Basar, yakni ta’luk kenyataan pada segala yang maujud, baik maujud qadim, maupun maujud hadis.
-          Ilmun, yakni ta’luk kenyataan pada segala yang wajib, mustahil dan yang jaiz.
-          Kalam, yakni ta’luk dilalah (membuktikan) pada segala yang wajib, mustahil dan jaiz.
Arti ta’luk adalah tuntutan dari pada sifat akan suatu pekerjaan  yang  melebihi  dari pada tempat berdirinya zat.

D.Hikmah Mempelajari I’tiqad 50

 Inilah makna lain dari syahadah tauhid yang telah dijelaskan oleh ulama ahli sunnah waljamaah, sebagai mana berikut ini:
1.   Tidak ada  Tuhan yang disembah dengan sebenarnya , melainkan hanya Allah yang disembah dengan sebenar-benarnya.
2.   Tidak ada yang terkaya dari pada selain Allah, dan berhajat kepada Allah oleh sekalian yang baharu. Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenarnya, melainkan lazim bagi bagi tuhan yang disembah dengan sebenarnya itu terkaya dari pada baharu, lagi berhajatlah kepada Allah oleh tiap-tiap yang baharu
3.   Tidak ada yang wajib wujudnya, kecuali Allah saja yang wajib wujudnya
4.   Tidak berhak membuat ibadah kepada (selain Allah) dengan sebenarnya-benarnya, melainkan hanya Allah saja yang berhak diibadati dengan sebenarnya.
5.   Tidak ada yang menjadikan sekalian makhluk, melainkan Allah yang menjadikan tiap-tiap se suatu.
6.    Tidak ada yang memberi rizki, melainkan Allah yang memberi rizki bagi tiap-tiap makhluk
7.    Tidak ada yang menghidupi, melainkan Allah yang menghidupi tiap-tiap sesuatu
8.    Tidak ada yang mematikan, melainkan Allah yang menentukan matinya tiap-tiap sesuatu.
9.    Tidak ada yang menggerakkan, melainkan Allah yang menggerakkan tiap-tiap sesuatu
10.  Tidak ada yang mendiamkan, melainkan Allah yang mendiamkan tiap-tiap sesuatu
11.  Tidak ada yang dapat memberi mamfaat kecuali Allah yang dapat memberi mamfaat bagi tiap-tiap sesuatu
12.  Tidak ada yang dapat memudharatkan, melainkan Allah yang sebenarnya yang dapat membuat mudharat tiap-tiap sesuatu
13.  Tidak ada yang melakukan didalam segala keadaan, melainkan Allah yang melakukan semua keadaan.


BAB 3

PENUTUP


A.Kesimpulan

Sifat 20 terbagi 4, yaitu:
1.Sifat nafsiah: yaitu tiap-tiap hal yang wajib bagi zat selama kekal zat, tiada dikarenakan suatu apapun. sifat nafsiah ini maujud pada dzihin (hati, jiwa atau benak) dan tidak maujud pada kharij (kenyataan). Sifat nafsiah ada 1, yaitu:
-           Wujud, maknanya ada wujud Allah selama-lamanya.
2.Sifat salbiah: yaitu tiap-tiap sifat yang menunjukkan atas menafikan  barang yang tidak patut dengan Allah jalla wa a’zza Sifat salbiah ada 5,yaitu:
-          Qidam (sedia), maknanya sedia Allah ta’ala, tiada didahului oleh a’dam (ketiadaan).
-          Baqa’ (kekal), maknanya kekal Allah tiada bersambung oleh a’dam(ketiadaan).
-          Mukhalafatuhu lilhawadis, maknanya tiada sama Allah ta’ala dengan makhluk, tiada sama pada zat, sifat dan perbuatan
-          Qiyamuhu binafsih, maknanya tiada berhajat Allah ta’ala kepada orang yang menjadikan diri-Nya dan tiada berhajat kepada tempat berdirinya zat.
-          Wahdaniah, maknanya Esa Zat Allah,
3.Sifat ma’ani: yaitu tiap-tiap sifat maujud (yang ada) yang berdiri pada zat yang maujud yang mewajibkan zat bersifat suatu hukum niscaya kita dapat melihat sifat itu berdiri pada zat)
Sifatnya ada 7, yaitu:
-          Qudrah (kuasa)
-          Iradah (berkehendak)
-          Ilmu (mengetahui)
-          Hayah (hidup)
-          Sama ’(mendengar)
-          Basar (melihat)
-          Kalam (berkata-kata)
4.Sifat maknawiyah: yaitu tiap-tiap hal yang wajib bagi zat selama kekal zat,
Sifat maknawiyah ada 7, yaitu:
-          Qadirun (yang kuasa)
-          Muridun (yang berkehendak)
-          A’limun (yang mengetahui)
-          Hayyun (yang hidup)
-          Sami’un (yang mendengar)
-          Basirun (yang melihat)
-          Mutakallimun (yang berkata-kata)

B.Saran

Dengan adanya makalah ini, semoga kalian dapat memahami dan mengerti tentang kekuasahaan dan wewenang, saya mengharapkan kritikan dari kalian semua, agar makalah ini dapat bermanfaat bagi kita

DAFTAR PUSTAKA


Sumber: Situs Nahdlatul Wathan


No comments:

Post a Comment

Makalah : Sistem Pedidikan Nasional